Pendahuluan Tunai untuk Artis & Label

Dapatkan pendahuluan tunai berdasarkan royalti penstriman akan datang, ikut projek atau katalog. Tanpa faedah, bukan pinjaman — ditolak daripada royalti anda.

Soalan yang kerap kami terima.

Adakah advance Spilix satu pinjaman? Ada interest?

Bukan pinjaman. Ini adalah advance — Spilix beli lebih awal sebahagian daripada royalti masa depan anda. Tiada interest. Kalau revenue tak capai projection, anda tidak berhutang — risiko pada Spilix.

Berapa lama advance ambil untuk recoup?

Bergantung saiz advance dan kelajuan streaming. Project advance biasanya recoup dalam 6-18 bulan. Catalog advance dalam 12-36 bulan. Selepas recoup, 100% royalti mengalir semula kepada anda seperti biasa.

Apa jadi kalau katalog saya tak recoup penuh?

Anda tidak berhutang apa-apa kepada Spilix. Risiko sepenuhnya pada kami. Sebab itu kami evaluate dengan teliti sebelum buat tawaran.

Ada fi advance lain?

Tiada fi setup, tiada fi tersembunyi. Spilix hanya untung dari margin antara jumlah advance dan royalti direcoup (biasanya 10-20% margin setiap kes).

Boleh saya mohon kedua-dua jenis advance?

Ya. Ramai artis mohon catalog advance dahulu untuk modal kerja, kemudian project advance untuk release besar tertentu.